Followers

Saturday, 13 January 2018

Felt so good!! -Berjaya Tioman Resort, Pulau Tioman-



Assalamualaikum w.b.t...

Kali ini saya nak berkongsi trip ke Berjaya Tioman Resort, Pulau Tioman ...trip ini bersama rakan-rakan sekerja...bertolak pada 29 Oktober 2017 dan pulang pada 1 November 2017 (my birthday)..😊 saya pernah google Berjaya Tioman Resort ni..tak sangka dapat pergi dalam trip ni...tengok harga semalam di situ..bole tahan..kalau nak senang ambik package je dengan agent...da masuk tiket feri pergi balik..tak payah pening lagi...

Untuk yang nak relaks, nak lari dari kesibukan kota, nak honeymoon, nak buang stress sangat lah sesuai ke sini...sebab view nya...fuhhh...memukau....tapi pada yang mabuk laut standby la plastik waktu dalam feri....sebab dari jeti Mersing ke Berjaya Tioman Resort ni..dalam 2 jam setengah juga..memandangkan trip saya bulan Oktober..tinggi juga ombak feri redah...dan ramai kawan-kawan saya mabuk laut, pening, muntah...saya ok jer...cuma hampir nak muntah juga...tapi nasib baik dah sampai...so cepat-cepat turun feri..

Saya memang sukakan pantai...beach lover la...ape pun tentang alam semulajadi saya memang suka...gunung..hutan..pantai...sungai...semuanya saya suka...
Jadi...ape pun aktiviti di pantai ke..tepi pantai ke...membuatkan saya tak sabar nak sampai...

Bila da sampai, terus dapat kunci bilik dengan rakan sebilik masing-masing...partner saya...as always...noorul...kawan baik...duduk sebelah di tempat kerja..bilik di sini...dari kayu..seperti resort-resort lama..tetapi puas hati...saya tak begitu cerewet tentang bilik..asal boleh tidur pada saya sudah mencukupi...
 Cuaca masa ni..mendung..
.siapa yang minat bergambar...sini banyak port untuk bergambar dengan view yang aummm...😀

 Bilik saya dan Noorul..👍
 Beach lover...ila...😊

Ini la my bestie...Noorul...

Makan kat sini..not bad..sebab trip saya ni sekali dengan makan..pagi sampai malam makan saje...yang paling tak sabar nak snorkeling...sepatutnya pagi kami buat aktiviti sborkeling...tapi disebabkan hujan...biasa la kalau dah hujung-hujung tahun ni...musim tengkujuh da nak sampai...tukar petang...jam 3 petang...lepas da ready dengan life jacket..dan peralatan snorkeling...naik bot ke Renggis Island...tak la jauh..dari tepi pantai bole nampak pulau kecik kat tengah laut tu...

Antara gambar yang dapat saya ambil...by go pro..
Syok nyaa ikan-ikan tuuu...tangan Noorul tu tau...saya cameraman jeee...😀

Kalau da boring di hotel...boleh sewa basikal atau motorsikal...ronda-ronda sekitar resort atau ke pekan kecil berhampiran jeti...di situ ada kedai makan, kedai menjual cenderahati dan kedai runcit..tak la besar sangat pekan tu...tapi seronok juga pusing-pusing kat situ...saya dan kawan-kawan..naik tram yg disediakan di Berjaya Tioman Resort.

Sunset kat sini....memukau...kalau pergi pantai...memang saya tunggu sunrise atau sunset...sebab tenang je tengok view yang superb...😍


Felt so good here...Berjaya Tioman Resort, Pulau Tioman memang menambat hati saya dengan pantai yang cantik...betul apa orang kata..Malaysia..kaya dengan pulau-pulau setanding negara lain...kalau tak percaya...bolehlah rasai apa yang saya rasai di Berjaya Tioman Resort...

Sekian untuk entry kali ini...jumpa lagi!!

Tuesday, 28 November 2017

Bromo dan Air Terjun Madakaripura

Assalamualaikum w.bt...

Bromo....salah satu kurnia alam terbaik dari Allah s.w.t. Saya ke Bromo dalam trip Semeru juga. Acah-acah nak rileks  lepas turun gunung...haha..walaupun tak sampai puncak...bertolak dari Basecamp Ranu Pani jam 1 pagi menaiki jeep. Kami tengok Sunrise dari Penanjakan 2.






Selepas tengok sunrise, kami ke Pasir Berbisik, Bukit Teletubbies dan ke kawah Bromo.


 Jeep Adventure

 Semua kawan-kawan Surabaya trip

 Naik kuda ke Kawah Bromo

 Kawah Bromo

View dari atas Kawah Bromo

 Jalan menuju masuk ke Air TerjunMadakaripura

 Cantik...

Pintu masuk Madakaripura

Tinggi

Bromo dan Madakaripura...muka bumi semulajadi ciptaan Allah s.w.t....hebat sungguh Allah s.w.t kann....

Jumpa lagi di entry yang akan datang. Bye bye..jika berminat nak buat trip macam saya ni... cuba search Sapa Adventurer ok....

Impian ke Puncak Mahameru (Surabaya) Part 4

Assalamualaikum w.b.t..

Keindahan Ranu Kumbolo terpahat di ingatan saya..benarlah orang kata..syurga Semeru itu Ranu Kumbolo..hujan berhenti sekitar jam 11 pagi...kami bersiap untuk meneruskan perjalanan ke Basecamp Kalimati. Selepas makan tengahari dan menunggu porter mengemas khemah dan keperluan...perjalanan diteruskan dengan Tanjakan Cinta..

Tanjakan Cinta mengisahkan tragedi dua sejoli yang mendaki Gunung Semeru. Saat mendaki sang pendaki lelaki asyik berfoto di depan..sementara sang pendaki perempuan lelah di belakang lalu jatuh berguling hingga tewas. Mitos Tanjakan Cinta adalah jika kita berjalan terus hingga ke atas bukit tanpa menoleh ke belakang, sambil membayangkan orang yang kita cintai..maka akan berakhir bahagia selamanya..

Tanjakan Cinta

Boleh tahan la penangan Tanjakan Cinta ni..bila sampai atas..keluar nafas naga..haha...Pemandangan Ranu Kumbolo dari atas Tanjakan Cinta indah sekali. Terus Berjalan..lepas naik turun pula. Kami melalui kawasan yang dinamakan Oro-Oro Ombo. Oro-Oro Ombo ini terkenal dengan bunga ala-ala Lavender tetapi sebenarnya adalah sejenis bunga hutan. Bulan Julai warna bunga ini kelihatan ungu tua. Kalau datang bulan Mei ungu muda seperti Lavender lebih indah..Kalau nak tengok al-ala Ladang Lavender di Oro-Oro Ombo..silalah datang pada bulan Mei kata Mas Dzaky.

Ranu Kumbolo dari Tanjakan Cinta

Mula turun ke Oro-Oro Ombo 

Melalui Oro-Oro Ombo

Inilah bunga hutan yang dikatakan bunga Lavender di Oro-Oro Ombo

Feeling lalu Oro-Oro Ombo best sangat sebab jalurnya landai sahaja..sehinggalah ke gerbang masuk Cemoro Kandang. Tiba-tiba di situ ada jualan buah-buahan dan gorengan. Happy sekejap sebab Mas Dzaky belanja kami makan semangka sebelum meneruskan perjalanan. Yeay!!

 Cemoro Kandang 2500mdpl

Rehat 

Terus berjalan melalui Cemoro Kandang. Jalur pendakian Cemoro Kandang mula menaik. Banyak kali juga berhenti rehat melepaskan penat kaki. Masa ni saya x amik gambar langsung sebab sambil berjalan banyak kali juga tanya dengan Mas Dzaky "jauh lagi ke"..haha..sehinggalah kami sampai ke Jambangan. Hujan mula turun sebaik sahaja kami sampai. Dari Jambangan, kalau cuaca baik, da bole nampak Gunung Semeru. Tetapi cuaca pada ketika itu, hujan renyai dan kabus tebal. So tak nampak langsung Gunung Semeru. Sepanjang perjalanan di Cemoro Kandang, kami jumpa pendaki-pendaki lain yang mula turun dan membawa khabar bahawa ada 3 pendaki hilang semasa menaiki puncak dan masih dalam misi pencarian. Berdebar rasa hati bila saya dengar dan saya dah fikir bole naik ke puncak atau tidak jam 12 malam nanti.

Jambangan
Beginilah porter-porter mengangkat barang melalui jalur pendakian...bayangkanlah

Di Jambangan ada satu bunga dipanggil Edelwis.. Orang sana panggil bunga keabadian sebab
ia takkan mati untuk selama-lamanya.

Dari Jambangan tidak jauh ke Kalimati...kami sampai dan terus berehat di dalam khemah. Cuaca hujan lebat sehingga kami dapat menjangkakan mungkin kami tidak dapat ke puncak dengan cuaca begini tetapi Mas Dzaky kata tunggu hingga tengah malam nanti. Kami dengar juga perbualan-perbualan porter-porter di situ mengatakan pintu masuk ke Taman Negara ini telah pun ditutup bagi misi menyelamat pendaki-pendaki yang masih hilang. Kami dipaksa tidur untuk dapat rehat yang cukup untuk naik ke puncak jam 12 malam nanti. Tetapi hujan tidak berhenti malah kami tidur di dalam cuaca yang sangat sejuk 8'C. 

Esok pagi kami bangun dengan harapan boleh tunggu lagi satu malam untuk ke puncak tetapi saya dinasihatkan oleh Mas Dzaky supaya tidak ke puncak dan mula turun ke Ranu Pani. Ini memandangkan cuaca buruk dan membahayakan keselamatan semua. Walaupun kecewa sebab kami datang dari jauh untuk ke Puncak Mahameru tetapi akhirnya kami tidak mengambil risiko untuk naik ke puncak. Kami sepakat untuk turun.

 Kalimati

 Sempat bergambar sebelum mula turun

 Dingin bangat!!

Suasana pagi di Kalimati. Kabus tebal hingga jarak pandangan terbatas.

Walaupun sedih, tetapi saya bangga dengan diri saya kerana sudah mendaki sehingga Kalimati 2700mdpl. Sepanjang perjalanan turun ke Ranu Pani kami berselisih dengan pasukan menyelamat yang bertugas untuk misi mencari pendaki yang hilang. Saya rasa bersyukur kerana Allah s.w.t telah menentukan trip saya sampai di Kalimati sahaja sambil fikir apakah nasib pendaki-pendaki yang hilang itu. 

 Rehat di Cemoro Kandang

 Dapat makan buah Calingan (ala-ala mulberry) rasanya manis dan segar..banyak di Cemoro Kandang

Nampak tak puncak Semeru dilitupi awan tebal di atas.
 Menurut Mas Dzaky jika awannya seperti ini menandakan di atas puncak itu badai, cuaca buruk.
Power kan Mas ni. hihi

Saya turun dengan rasa bersyukur sehinggalah lagi 2 jam nak sampai tiba-tiba di ade ojek di situ. Kami pun naik ojek bergilir-gilir sampai ke rumah Pak Nadi (Basecamp Ranu Pani). Sampai di rumah Pak Nadi ada kopi dan biskut..apa lagi...belasah..haha..dan ,asing-masing berebut bilik air untuk mandi...siap amik nombor..haha

Kesimpulan dari trip pendakian saya ke Gunung Semeru (Puncak dipanggil Puncak Mahameru kerana dipercayai tempat bersemayam para dewa)....walaupun saya mendaki 2700mdpl sahaja daripada 3676mdpl, saya bersyukur kerana trip saya turun ke kaki gunung dengan selamat. Di Ranu Pani, kami dengar berita bahawa pendaki-pendaki Indonesia yang hilang itu selamat dibawa turun...Alhamdulillah... Sekian cerita saya untuk impian saya kali ini. Terima kasih.

"Saya mendaki dengan rendah hati, bukan soal gengsi atau pembuktian bahawa diri mampu atau tidak"  :)


Monday, 20 November 2017

Impian ke Puncak Mahameru (Surabaya) Part 3

Assalamualaikum w.b.t

Apabila tiba di Ranu Pani, sebelum mendaki :
-Mendaftar nama di Taman Nasional Bromo Tengger Semeru (TNBTS)
-Mendengar taklimat
-Menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan (sijil pemeriksaan kesihatan, surat kebenaran masuk TNBTS, dll)

Saya mula berjalan ke Ranu Kumbolo dengan semangat yang tinggi sebab saya tahu dah mula cabaran-cabaran mendaki waktu malam ni. Bukit pertama yang saya lalu adalah kebun-kebun sayur penduduk Ranu Pani. Bukit tu saja...haha..bila sampai atas saya da fikir kalau nak patah balik sempat lagi dan saya ingat lagi jalan balik ke rumah Pak Nadi (porter) tu....tapi saya kuatkan semangat..bukit pertama tak kan lah saya sudah putus asa sedangkan trip ni trip saya..saya yang nak tengok Ranu Kumbolo tu...saya teruskan berjalan walaupun beberapa geng lelaki yang lain da jauh ke hadapan..tak ambil gambar langsung sebab fokus pada jalur pendakian.

Hujan renyai, malam, sejuk tapi kaki saya hayun juga semampu mana yang boleh...bayangkan dari pagi kami terbang dari senai sehingga la berjalan malam ini..belum pun dapat berehat dalam masa yang lama..terus terang saya memang tak larat..sampai Fahim tarik saya dengan tongkat..macam towing..penat berjalan saya berenti, duduk lepas tu sambung lagi...

Jalur pendakian yang kami lalui menaik terus...saya pikir...berapa lama lagi bukit yg mencanak ni kami nak naik...sehinggalah tiba di batu besar..walaupun samar-samar dengan headlamp sahaja..tapi saya memang nampak batu besar..Mas Dzaky pun beritahu..batu besar ni tanda...selepas ini jalurnya turun...lega terus dengar...tak lama kami rehat sebab cuaca hujan renyai..bila berhenti lama..sejuknya jangan cakap...tak tahan..kena terus berjalan..

Bila jalur pendakian turun...rupanya lain cabarannya..haha..banyak guna lutut..disebabkan hujan..licin..kena lebih berhati-hati..curam nya..dengan beg yang saya bawak..memang x larat rasanya..jalur pendakian turun terus sehingga satu kawasan yang landai...di situ saya jatuh sebab licin dan terpelecok..ada sorang ahli kumpulan yang tawarkan diri nak bawa beg saya..saya pun dengan rela hati..setuju..sebab saya memang da x larat..

Akhirnya saya nampak khemah...saya tahu saya da sampai ke Basecamp Ranu Kumbolo...jam 4 pagi...seronok...tapi saya memang penat dan pikir nak tidur saja..porter da siapkan khemah kami sebab dia orang sampai dulu..saya masuk khemah dan tidur..

Esok pagi saya bangun dengan hajat nak tengok sunrise di Ranu Kumbolo..tetapi hari hujan...kabus tebal..tak nampak pun...da tak ada rezeki..tak apalah..sarapan pagi ini..maggie bekalan sendiri...pak porter masak nasi,nugget,sayur bening dan drumet ayam segera...berselera sungguh makan ramai-ramai... sehinggalah hujan berenti jam 11 pagi...barulah dapat keluar tengok Ranu Kumbolo yang dikatakan syurga Semeru.

Ranu Kumbolo
Sarapan pagi dalam khemah (suhu 13°C)

Gegirls..nampak tak kabus tu tutup tasik

Bersama pendaki dari Jakarta, Indonesia
(Sunrise akan muncul dari celahan bukit di belakang tu..cuba bayangkan..indah kan

Kita sambung cerita lagi dalam part 4 yer...see you!!








Tuesday, 14 November 2017

Impian ke Puncak Mahameru (Surabaya) Part 2

Assalamualaikum w.b.t.

Jom kita sambung cerita Mahameru ni....

Ok..Bila tiba hari yang telah ditunggu-tunggu 26 Julai 2017, saya dan kawan-kawan terbang dengan Air Asia ke Surabaya. Saya tetap dengan perasaan excited nak tengok Ranu Kumbolo..hihi..
Fly jam 10.20 pagi dan sampai di Surabaya hampir jam 12.40 petang...lambat landing sebab Surabaya Juanda Internaional Airport sibuk..berlegar-legar di atas awan dalam 20 minit juga.

Tiket JHB - SUB = RM176
Tiket SUB-JHB = RM207
(Include Luggage 15kg pergi dan balik)

Sebahagian daripada kawan-kawan yang join selfie..yang lain sibuk masukkan beg dalam van

Di airport kami dijemput oleh Mas Dzaky (our guide) dari Sapa Adventurer. Kami ambil pakej 5H 4M dengan Sapa Adventurer ini kerana harganya yang lebih murah RM600/orang. Kami menuju ke Basecamp Malang dan dalam perjalanan ke sana kami berhenti untuk makan tengahari. Perjalanan ke Basecamp Malang macet (jem) menyebabkan kami agak lambat sampai. Kami sampai pada jam 4.45 petang dan terus bersiap-siap untuk ke Basecamp Ranu Pani (kaki Gunung Semeru). Basecamp Malang sebuah rumah besar yang mempunyai 1 bilik, 1 tandas dan ruang beranda  yang luas. Dari Basecamp Malang ke Basecamp Ranu Pani kami menaiki jeep open air

Lunch (kredit foto : Shafiq)

Sesi kemas beg memang stress..haha

Sempat bergambar sebelum bertolak (sebelah saya Farah)

 Sesi loading beg di jeep open air (yang bantu naikkan beg Fahim)

 Inilah Basecamp Malang yang saya cakap tadi...

 Beginilah kami duduk dibelakang jeep (Gegirls in Mahameru Trip dari kiri : Salleha, saya, Farah dan Noorul)

Saya, jeep dan beg..

Kami bertolak ke Basecamp Ranu Pani selepas solat Maghrib. Dalam perjalanan, kami singgah untuk pemeriksaan kesihatan di Klinik berdekatan yang telah diaturkan oleh Mas Dzaky. Salah satu syarat untuk naik ke Gunung Semeru adalah mesti mendapatkan pemeriksaan kesihatan. Allhamdulillah..semua ahli kumpulan berada dalam kesihatan yang baik dan kami memeruskan perjalanan.

Suasana di Klinik pemeriksaan kesihatan (motor pun ada dalam klinik)
hihi...

Ranu Pani terkenal sebagai daerah di atas awan kerana ketinggian desa ini adalah 2100mdpl. Perjalanan ke Ranu Pani malam ditambah dengan dingin kaki Gunung Semeru, laluan tepi-tepi kaki gunung membuatkan perjalanan kami mencabar. Kadang-kadang beberapa kali driver jeep tukar gear untuk naik menambah rasa debar..haha..sehinggalah kami sampai ke Basecamp di Ranu Pani (rumah porter). Di rumah ini, kami makan malam dan bersiap-siap untuk mula berjalan ke Ranu Kumbolo pada jam 11.00 malam.

 Makan malam yang disediakan oleh porter (Pak Nadi) di rumahnya

 Siap untuk mula berjalan ke Ranu Kumbolo 

Berkumpul untuk bacaan doa sebelum memulakan perjalanan (hujan renyai)

Kalau nak tahu cabaran ke Ranu Kumbolo..kita sambung lagi nanti dalam entry yang seterusnya...hihi...ttunggu tauu!! Tapi saya nak kongsikan itinerary kami dalam trip ini. Sila rujuk jadual di bawah :

Day 1 (26.7.2017)
-Pickup dari Surabaya Juanda International Airport
-Menuju ke Basecamp (Pasar Tumpang-Malang)
-Solat, makan tengahari
-Menuju ke Basecamp Ranu Pani
-Makan malam
-Start trekking ke Ranu Kumbolo
-Tiba di Ranu Kumbolo, makan dan istirehat

Day 2 (27.7.2017)
-Bangun,solat dan menunggu sunrise Ranu Kumbolo
-Sarapan pagi
-Prepare ke Basecamp Kalimati
-Menuju ke Kalimati
-Tiba di Kalimati, makan siang
-Explore Kalimati
-Makan Malam
-Tidur 
-Bangun, prepare summit attack (puncak Mahameru)

Day 3 (28/7/2017)
-Summnit attack puncak Mahameru
-Tiba di puncak Mahameru, explore puncak Mahameru
-Turun kembali ke Basecamp Kalimati
-Turun kembali ke Ranu Kumbolo
-Tiba di Ranu Kumbolo istirehat
-Lanjut ke Ranu Pani
-Tiba di Ranu Pani, makan malam dan istirehat
-Tidur

Day 4 (29/7/2017)
-Bangun bagi persiapan Bromo Tour
-Perjalanan menuju Bromo
-Tiba di Penanjakan menunggu Sunrise
-Menuju ke Kawah Bromo, Explore Pasir Berbisik, Bukit Teletubbies
-Menuju ke Air Terjun Madakaripura
-Perjalanan ke Air Terjun Madakaripura
-Explore Madakaripura
-Kembali ke Entrance Madakaripura
-Terus ke airport

Day 5 (30/7/2017)
-Trip selesai
-Pulang ke Malaysia


Ok..sampai sini saja..sambung di part 3..bye!